Showing posts with label Makan. Show all posts
Showing posts with label Makan. Show all posts

Sunday, 3 March 2013

Burger King sucks




Fxxk yeah m8 !
Semalam aku teringin nak makan burger king. Mana tak nya, aku google google dan google aku tersinggah kat website Burger King Malaysia. Aku punya la lihat lihat dan lihat burger-burgernya yang nampak sangat menyelerakan (aku merupakan penggemar burger king satu masa dahulu). Aku pun dah lama tak makan burger. ada la dalam 5-6 bulan kalau tak silap. Sambil menelan air liur, perut aku tiba tiba lapar.

Kebetulan cawangan baru Burger King Wangsa Maju baru saja dibuka (tak ada la baru sangat) berdekatan dengan rumah aku.

Dengan lajunya aku pun bersiap dan berjalan kaki ke situ yang jaraknya ada la dalam 1KM lebih.

Sampai saja disitu tahap keterujaan aku menurun memandangkan para pekerja disitu agak lembab buat kerja dan dalam pemikiran aku "ini ke burger king?? " dengan kelam kabutnya, dengan kena menunggu lebih dari 5 minit walaupun pelanggan tidak ramai masa tu. (standard kecepatan restoran fastfood 5 minit kebawah)

Lalu aku pun order la set Grilled Chicken Burger berharga murah yang nampak sangat menyelerakan seperti didalam internet. AHAHAHA


Burger and fries yang masin



Burger nampak sedap. Tapi masin.


Itu je ?

Overall boleh la. Walaupun tak sedap. Nasib baik murah. Rm 6.70 (termasuk GST)
Harga yang diiklan kat Rm 5.95. LOL

Burger King tidak sesedap seperti 18 tahun dahulu.


Monday, 7 January 2013

do you even vegan ?

My vegan meal on my vegan day. Yeah, i'm vegan once a week brah.


Sunday, 28 October 2012

I Wonder...





I wonder if this Nasi Kandar fits my macros or not.
Hmmmmmmhhh....

49 Protein Checked !
106 Carbs Checked !
30 Fats Checked ! 
890 Kcal Checked !

Hooraah! I'm making all kindsss of gains !!

Monday, 24 September 2012

Family Day @ Padang Merbok

Semalam aku ikut kawan aku ke Family Day Media Prima Radio Network.
Wife dia kerja situ. Aku mengikut je macam biasa. AHAHA.

Event tu diadakan di Padang Merbok kat tengah2 Kuala Lumpur.
Sampai disitu aku macam tergamam sambil hati aku berkata "why am i here ?"

Awek power power wey !!
Kat situ krew2 dan penyampai2 radio dari HotFm, FlyFm dan OneFm ada kat situ.
Antara celebrity yang ada kat situ ialah Fara Fauzana, Seelan Paul, Usop Wilcha.

Aku nak jumpa Zher Peen !! Tapi dia tak ada la. Mungkin dia tengah on air kot.


Ni gambar2 yang sempat di ambil.




sampai2 terus makan



makan lagi. nak tau macam mana aku makan banyak macam ni without gaining fat? nantikan, entri tu OTW.









Menu2 dia semua sedap2, aku segan pulak nak ambil gambar menu2 yang terhidang. Tapi memang best la. Tak macam makanan family day yang tipikal. Memang takkan jumpa karipap sardin, nasi tomato, ayam masak merak etc. Hahahaha

Untunglah member aku bawa aku kesini, dapat makan free 2 kali, dapat usha2 awek. ahaha.



Monday, 17 September 2012

Jalan Jalan Ke Ipoh Sambil Makan...

Semalam aku berkesempatan mengikut kawan aku ke ipoh jalan-jalan sana sambil pekena nasi ganja ipoh yang famous tu.

Sambil tu berjalan-jalan juga di pasar karat ipoh yang dibuka setiap pagi ahad..
Anda boleh dapat banyak barang-barang antik, bundle, dan barang-barang yang terpakai disini.

Pasar karat ni terletak di bandar Ipoh dan betul2 berdekatan dengan Tune Hotel situ.











ini antara gambar yang sempat aku ambik.



Selepas puas berjalan-jalan, misi seterusnya MAKAN !


Aku pun pergi makan di kedai kopi Yong Suan atau lebih dikenali sebagai 'Nasi Ganja' .
Restoran ini terletak di Jalan Yang Kalsom, Ipoh. Berdekatan dengan Balai Polis Pekan Baru. Dah memang dekat sangatlah kalau dah sampai kat balai tu woi.

4.592708759428556,101.08463781899177 (kordinat gps)

Nasi ganja ini sebenarnya nasi kandar, cuma nasi ni nasi kandar versi ipoh la dan resipi dia lain sikit dan memang sedap malah lagi power dari nasi kandar penang (pendapat aku la). Dengan kombinasi ayam yang diperap dengan resipi istimewa, sambal kelapa yang ummmpphh, telur masin dan campuran kari-kari yang power menjadikan nasi ini memang 'ganja' !! Dari situ la nasi tersebut mendapat gelaran ganja.
Tak silap aku la, nama tauke asal kedai makan ni bernama Kamal jugak. hehe.

Sedikit info mengenai kedai makan ni. Kedai makan ni terbahagi kepada 2 section, 1 section di uruskan oleh india muslim (bahagian nasi dan lauk2) manakala 1 section lagi diuruskan oleh cina (air minuman, dan roti bakar). So jangan terkejut la kalau orang yang mintak order tu lain-lain. 2 tauke menauke 1 kedai. Macam tu la. LOL


Time aku sampai ni orang dah start beratur dalam pukul 12.14 p.m 


 Ni la nasi dia. 





Dan selebihnya gambar-gambar mengarut dari aku. Ni masa aku nak pulang ke K.L.












Saturday, 8 September 2012

Makan Nasi Royal Ampang

Ahad minggu lepas aku berkesempatan menjamu selera Nasi Lemak Royale Ampang di Mentara, Ampang.
Alang2 cheat day hari tu. Dan sehari sebelumnya aku train komponen otot yang besar iaitu kaki!
So aku perlukan lebih kalori untuk recover. So aku makan laaa Nasi Lemak Royale ni.

Kuantiti kalori dalam nasi royal ni aku rasa lebih kurang macam makan sepinggan nasi kandar yang average.
Dari 800kcal ke 1200kcal (bergantung pada jenis lauk2).

Macam aku punya aku agak2 dalam 850kcal kot. Pasal aku ambil nasi, ayam kuah, sayur bendi dan kuah campur2. Kalau skip lauk, cuma ayam, nasi dan sayur bendi je, aku rasa 550kcal pun belum sampai lagi.
But who cares? Cheat day aku kan? hahahaha

Rasa nasi dia sedap, lembik2, lepastu ada rasa macam nasi minyak sikit kalau aku tak silap. Tapi bukan nasi minyak la. Ada wangi2 sikit. Lepastu kuah campur dia (kari, kuah kicap, madu etc) memang membangkitkan lagi nafsu makan. Tapi ada yang aku kurang gemar, pasal ada kuah madu. Aku tak sepatutnya taruk kuah madu tu. Macam potong stim, pasal dah ada rasa2 rempah, lepas tu tiba2 rasa manis. Memang potong.


Harga yang aku ambil tu RM6.50 je. Ok la standard harga nasi kandar. :)



Ini gua punya



Selamat menjamu selera !




Lokasi ?? Dibawah ada  map dan kordinat GPS . 






Thursday, 23 August 2012

Aktiviti hari raya ke-2

Selamat hari raya aidilfitri aku ucapkan pada semua muslim dan muslimah.
Harap raya anda semua 'happening' like hell.

Ni aku nak cerita sikit pasal aktiviti Raya ke-2 aku bersama adik aku. 
Sepatutnya aku balik ke Melaka ikut mak ayah aku. 
Tapi disebabkan aku mengigau apa tah, last2 aku bangun tidur, mak ayah aku dah tinggalkan aku. 

So, memang dah spoiled already la raya ke-2 aku. ehe.
Tapi raya yang pertama memang happening la. Aku jalan2 pergi rumah saudara mara dan dapat la duit raya. Rm122. 

Berbalik semula kepada raya ke-2 aku, waktu itu semasa sedang frust tak dapat balik kampung, kebetulan adik aku dah bangun tidur.
Lalu aku pun usha2 la page pizza dan compare mana satu yang best. Dan ianya membawa kepada food craving.. 

Lalu kami pun spend la duit dan waktu kami dengan order pizza dari Dominos.
Alang2, kan???  Dari aku berkurung di rumah, tengok tv, lepas tu tidur, lebih baik makan makan dan makan!!!




aku share duit dengan adik aku. nak harapkan aku sorang je bayar, memang tak laa. haha



Dan selamat lah hari raya ke-2 aku dengan makanan yang sangat tidak menyihatkan.


Ingin tahu bagaimana aku tidak gemuk (in shape) walaupun makan makan makan? 
Nantikan entry aku yang seterusnyaaa... 


**aku memang suka dengan gaya penulisan yang agak bersepah dan malas ni. bagi aku agak santai..

Sunday, 5 August 2012

Iftar di Chilis KLCC



Selasa lepas aku berkesempatan berbuka puasa di Chilis KLCC. Atas jemputan kawan. Dia nak belanja, aku on je laa. AHAHA

Untung jugak aku break-vegetarian tahun ni. Dapat makan macam2. Hahaha. 
First time dalam masa 4 tahun makan kat sini. Aku tak tau nak order apa, so aku order la Grilled Chicken With Portobello Mushroom. Its LEAN MEAT brah!!! grilled, not fried. 


Aku memulakannya dengan air kosong dan kurma


Ini dia Grilled Chicken With Portobello Mushroom apa tah.
dalam 600kcal mungkin.


Makanan ni boleh dikatakan makanan ala bodybuilder ataupun makanan diet. Kepingan dada ayam yang dipanggang, disertakan bersama dengan brokkoli dan lobak merah. Ada pula kentang(mash potato) dan cendawan portobello.
Boleh dikatakan kat rumah pun aku selalu makan macam ni selepas workout di gym. Tapi aku gantikan dengan nasi putih atau pun nasi lemak. So bila aku dah kata makanan ni ala Bodybuilder's food, makanan ni agak kering dan tawar la. Makanan ni antara menu sihat yang boleh didapati kat sini. Tapi memang, cara dada ayam ni di panggang memang kering. Itu yang sleknya. Yang lain semua ok. 
Selepas makan tu, tiba la sesi kunyah2 nachos dicicah bersama sos salsa dan juga satu sauce ni aku lupa nama dia apa tah, berempah, dan berdaging. Puas jugak la makan.



Ni antara menu kawan2 ku order.  




Sup cendawan tu aku bedal bersama2 dengan 2 keping biskut wholemeal.