Sunday 5 August 2012

Iftar di Chilis KLCC



Selasa lepas aku berkesempatan berbuka puasa di Chilis KLCC. Atas jemputan kawan. Dia nak belanja, aku on je laa. AHAHA

Untung jugak aku break-vegetarian tahun ni. Dapat makan macam2. Hahaha. 
First time dalam masa 4 tahun makan kat sini. Aku tak tau nak order apa, so aku order la Grilled Chicken With Portobello Mushroom. Its LEAN MEAT brah!!! grilled, not fried. 


Aku memulakannya dengan air kosong dan kurma


Ini dia Grilled Chicken With Portobello Mushroom apa tah.
dalam 600kcal mungkin.


Makanan ni boleh dikatakan makanan ala bodybuilder ataupun makanan diet. Kepingan dada ayam yang dipanggang, disertakan bersama dengan brokkoli dan lobak merah. Ada pula kentang(mash potato) dan cendawan portobello.
Boleh dikatakan kat rumah pun aku selalu makan macam ni selepas workout di gym. Tapi aku gantikan dengan nasi putih atau pun nasi lemak. So bila aku dah kata makanan ni ala Bodybuilder's food, makanan ni agak kering dan tawar la. Makanan ni antara menu sihat yang boleh didapati kat sini. Tapi memang, cara dada ayam ni di panggang memang kering. Itu yang sleknya. Yang lain semua ok. 
Selepas makan tu, tiba la sesi kunyah2 nachos dicicah bersama sos salsa dan juga satu sauce ni aku lupa nama dia apa tah, berempah, dan berdaging. Puas jugak la makan.



Ni antara menu kawan2 ku order.  




Sup cendawan tu aku bedal bersama2 dengan 2 keping biskut wholemeal.


No comments:

Post a Comment