Saturday 8 September 2012

Makan Nasi Royal Ampang

Ahad minggu lepas aku berkesempatan menjamu selera Nasi Lemak Royale Ampang di Mentara, Ampang.
Alang2 cheat day hari tu. Dan sehari sebelumnya aku train komponen otot yang besar iaitu kaki!
So aku perlukan lebih kalori untuk recover. So aku makan laaa Nasi Lemak Royale ni.

Kuantiti kalori dalam nasi royal ni aku rasa lebih kurang macam makan sepinggan nasi kandar yang average.
Dari 800kcal ke 1200kcal (bergantung pada jenis lauk2).

Macam aku punya aku agak2 dalam 850kcal kot. Pasal aku ambil nasi, ayam kuah, sayur bendi dan kuah campur2. Kalau skip lauk, cuma ayam, nasi dan sayur bendi je, aku rasa 550kcal pun belum sampai lagi.
But who cares? Cheat day aku kan? hahahaha

Rasa nasi dia sedap, lembik2, lepastu ada rasa macam nasi minyak sikit kalau aku tak silap. Tapi bukan nasi minyak la. Ada wangi2 sikit. Lepastu kuah campur dia (kari, kuah kicap, madu etc) memang membangkitkan lagi nafsu makan. Tapi ada yang aku kurang gemar, pasal ada kuah madu. Aku tak sepatutnya taruk kuah madu tu. Macam potong stim, pasal dah ada rasa2 rempah, lepas tu tiba2 rasa manis. Memang potong.


Harga yang aku ambil tu RM6.50 je. Ok la standard harga nasi kandar. :)



Ini gua punya



Selamat menjamu selera !




Lokasi ?? Dibawah ada  map dan kordinat GPS . 






No comments:

Post a Comment