Monday 17 September 2012

Jalan Jalan Ke Ipoh Sambil Makan...

Semalam aku berkesempatan mengikut kawan aku ke ipoh jalan-jalan sana sambil pekena nasi ganja ipoh yang famous tu.

Sambil tu berjalan-jalan juga di pasar karat ipoh yang dibuka setiap pagi ahad..
Anda boleh dapat banyak barang-barang antik, bundle, dan barang-barang yang terpakai disini.

Pasar karat ni terletak di bandar Ipoh dan betul2 berdekatan dengan Tune Hotel situ.











ini antara gambar yang sempat aku ambik.



Selepas puas berjalan-jalan, misi seterusnya MAKAN !


Aku pun pergi makan di kedai kopi Yong Suan atau lebih dikenali sebagai 'Nasi Ganja' .
Restoran ini terletak di Jalan Yang Kalsom, Ipoh. Berdekatan dengan Balai Polis Pekan Baru. Dah memang dekat sangatlah kalau dah sampai kat balai tu woi.

4.592708759428556,101.08463781899177 (kordinat gps)

Nasi ganja ini sebenarnya nasi kandar, cuma nasi ni nasi kandar versi ipoh la dan resipi dia lain sikit dan memang sedap malah lagi power dari nasi kandar penang (pendapat aku la). Dengan kombinasi ayam yang diperap dengan resipi istimewa, sambal kelapa yang ummmpphh, telur masin dan campuran kari-kari yang power menjadikan nasi ini memang 'ganja' !! Dari situ la nasi tersebut mendapat gelaran ganja.
Tak silap aku la, nama tauke asal kedai makan ni bernama Kamal jugak. hehe.

Sedikit info mengenai kedai makan ni. Kedai makan ni terbahagi kepada 2 section, 1 section di uruskan oleh india muslim (bahagian nasi dan lauk2) manakala 1 section lagi diuruskan oleh cina (air minuman, dan roti bakar). So jangan terkejut la kalau orang yang mintak order tu lain-lain. 2 tauke menauke 1 kedai. Macam tu la. LOL


Time aku sampai ni orang dah start beratur dalam pukul 12.14 p.m 


 Ni la nasi dia. 





Dan selebihnya gambar-gambar mengarut dari aku. Ni masa aku nak pulang ke K.L.












No comments:

Post a Comment