Tuesday, 3 July 2012

Makan Lagi ??

Haihh. Bulan lepas banyak masa aku dihabiskan untuk makan makan dan makan. Training pun dah malas.
Tapi tak apa, bulan Ramadan makin dekat, so aku rasa berbaloi laa kalau nak makan puas2. (sungguh tak digalakkan). Lagipun 3 tahun aku starving pasal ada masalah sikit tentang pemakanan, dalam bahasa Inggerisnya Eating Disorder


Lupakan benda tu buat sementara. Now we are talking about food. Ahad lepas aku gatal nak makan Mcd lagi pasal ada lagi satu menu yang aku belum pernah makan. Iaitu Big N Tasty.

Cuaca yang sangat baik, tidak terlalu cerah dan tidak terlalu mendung senang kata suam2 aje la. Lalu aku pun ber'motoring' ke Mcd Setiawangsa yang betul2 bersebelahan Stesen Petronas tu. Berdekatan dengan Pasaraya Giant. Nasib baik aku sempat sampai sana sebelum pukul 3. Pasal dari pukul 12-3 tak silap aku harga dia special. Murah sikit. Tapi tak terlalu murah kerana kalau makan hari2 pun boleh kering poket brah.

Aku pun order la Big N Tasty pasal dalam iklan dan website mereka nampak macam sedap dan besar. Tapi tak terlalu besar. Sama macam Big Mac jugak. Ada yang cakap saiz Burger2 Mcd ni macam makin kecil. Aku pun tak pasti pasal itu bukan masalah aku. :)

Rasa burger tu power tak power juga senang aku kata boleh tahan. Tekstur dagingnya lembut dan sedap dikunyah malah, daging dia memang agak tebal dari burger2 Mcd yang lain. Mungkin itu pasal ia dipanggil Big N Tasty. Rasa mayonnaise dia pun sedap, ada rasa macam Big Mac. Dalam burger tu ada tomato, lettuce dan jeruk timun.
Dari segi minuman pula aku memang akan order Light Coke. Aku boleh jimat dalam 153kcal dari minuman ! yeay!





Disamping tu mesti ada yang tak perasan apa gunanya gelembung2 dekat penutup cawan tu kan? Ala yang ni



Aku ada tanda merah kat situ. Dari apa yang aku tau tu adalah tanda menunjukkan air apa yang kita order. Ada tanda diet, root beer dan coke tak silap. Lagipun aku saja nak beritahu.


Sesudah kekenyangan aku balik la ke rumah.
Dan ada berita best dari abang aku. Dia nak belanja KFC pulak. Rezeki ahad la katakan. Duit makan Mcd tu pun mak aku yang bagi pasal dia tak masak.

Abang aku bawak KFC perisa baru Flaming Crunch nama dia. Campuran Hot n Spicy bersama emping jagung. Boleh tahan sedap dia tapi terlampau berminyak. Mungkin pasal dah bercampur dengan emping tu. Kan benda bijirin ni bersifat penyerap minyak. Lagi banyak minyak, lagi banyak la kalori tau ! Sekali sekala aku rasa tak apa la kot. Bukan hari2 makan kan ? Tapi aku lagi suka Original Recipe berbanding dengan perisa yang lain.




Puas aku makan haritu. Ngauummm !! Dan ada lagi satu berita baik, aku bakal menjadi Pakcik. Kakak ipar aku mengandung. So first cucu mak ayah aku lewww.

No comments:

Post a Comment