Maaflah kawan-kawan, aku paham sekarang dah masuk bulan Ramadan.
Tapi ini post kali ni bercerita tentang benda yang aku makan sebelum Ramadan. Maaf lagi sekali. HAHAHA
Disebabkan atas kemalasan terlampau aku, aku baru nak update benda yang 2-5 hari lepas punya. HMMM
Kali ni aku nak story sikit pasal Buger Bakar Kaw Kaw. Tempat ni pun dekat wangsa maju 10 minit dari rumah aku kalau jalan kaki. Burger ni dah lama dah, tapi baru Rabu lepas 18/7/2012 aku berpeluang nak mencuba dan menikmati kelazatan burger bakar ni.
Kedai ni terletak berdekatan dengan Restoran BRJ di Wangsa Maju. Kalau dah jumpa Restoran BRJ maka jumpa la Burger Bakar ni.
Aku keluar rumah dalam pukul 630 petang macam tu. Setelah sampai aku tengok orang pun dah start beratur. Aku ingat aku sorang je yang paling awal. Tapi ada lagi yang lagi awal! Padahal kedai ni start bisnes pukul 7 malam.
Lalu aku tunggu punya tunggu punya tunggu, bro yang kerja kat situ dah start bagi no giliran. Perrggghhh siap ada no giliran weyh!! Tapi memang time aku sampai tu memang dah panjang Q dia.
Time ni la dia kepanjangan dia. Nasib baik belum "panjang" lagi
Nasib baik aku no 14.
Mengenai burger bakar ni. Aku oder menu Baconizer kalau tak silap. Didalam burger tu ada roti, lattuce, tomato, cheese, mayonaise, beef bacon dan beef patty. Rasanya memang agak best, dan creamy pasal ada cheese dan sos mayonaise dia pun cun melecun sebaik sahaja ia terkena lidah. Akan lebih power kalau dia banjirkan sos mayonaise tu. ehehe. Tekstur daging dia tidak terlalu lembut dan sedap dikunyah tetapi yang sleknya daging dia sedikit kering. Aku harapkan daging patty yang ber'juicy'. Tapi ok. Aku tak berapa gemar beef bacon dia, pasal lemak dia keras. Aku tak berapa suka lemak ni. Bukan apa, tak baik untuk kesihatan dalam tempoh jangka masa panjang.
Overall aku memang puas makan dan berbaloi juga dengan harga RM10.50 (ada yang kata mahal). Tapi bagi aku ok la untuk harga burger yang homemade ni. Nak di compare dengan Mcd memang la Mcd lagi murah pasal dorang mass production. Ni buat pakai tangan je beb!
Apa apa pun selamat menyambut ramadan 2012 yang mulia ini. !!
No comments:
Post a Comment