Tadi dalam pukul 10 pagi, aku berjalan kaki dari rumah aku Wangsa Maju ke K.L
Aku memang suka jalan2 kaki ni. Badan pun sihat. Lagi satu jalan kaki ni memang elok untuk perjalanan darah dalam tubuh. So sesiapa yang selalu ada pening2 ke, sakit2 sendi ke apa ke, cuba amalkan jalan kaki sebagai rutin hidup. Paling minima 30 minit pun dah cukup.
Berbalik ke ceritanya, aku tadi berjalan kaki sampai laa ke tengah2 Chow Kit, semata2 mahu menikmati nasi kandar Kudu. Kat tengah2 Chow Kit tu memang akan jumpa laa.
Dari rumah aku ke sana ada la amik masa dalam 2 jam. Aku jalan slow2. Ehehehe.
Sesudah sampai ke destinasi, barisan Q pun sudah mula panjang. Ramai juga peminta nasi kandar Kudu ni.
Aku makan lauk ayam dan sayur je. Rasanya bagi aku, ok je la kot. HAHAHAHA. Entah la kenapa. Lidah orang lain2. Dibandingkan, Nasi Kandar Yassen lagi 'terangkat' kot.
Ni gambar yang sempena berada di sana tadi.
Ni alamat dia :
Nasi Kandar Kudu bin Abdul
335 Jalan Tunku Abdul Rahman
50300, Kuala Lumpur
Tel: 0162872123
No comments:
Post a Comment