Aku baru teringat. Dari hari tu aku nak post benda ni. Hari tu aku kerja dikawasan Jalan TAR, Kuala Lumpur.
Bila dah masuk waktu lunch, aku pun pergi la makan kat sini. Sedap. Nasi kandar dia memang power!!
Aku memang dah lama nak try makan kat situ. Tapi tak ada peluang.
Aku tau restoran ni pun dari BLOG2 yang aku browse. Entah kenapa, nasi kandar dan kari mari ni macam sebati dengan lidah aku. Tiada yang lagi mennyelerakan dari kari kari dan kari. Nasi kandar pun penuh dengan kari. WOW!! Kalau la hari2 aku dapat makan kari yang sedap2...
Ni antara gambarnya:
Murah je. Menu ni nasi, ayam, sayur sikit,dan kuah kasi campuq baru RM6. Berbaloi kerana kari dan nasinya membuatkan aku terbang tinggi!!
Lokasi : KL near Chow Kit Area
Alamat : 351, Jalan Tunku Abdul Rahman, KL (sebelah bengkel2 motosikal)
Memang senang nak cari kalau dah sampai Chow Kit tu.
No comments:
Post a Comment