Sunday, 22 April 2012

Filem Bunohan

Tadi aku baru ada kesempatan menonton filem Bunohan di Astro First.
Filem tu aku rasa berkualiti. Pasal aku suka sound effect dia yang rangup2 ni.
Sedang asyik aku menonton filem tu, aku mula tertanya2, dan pelbagai persoalan timbul. Maafkan aku pasal aku tak beberapa dapat menangkap segala mesej2 dari tuan pengarah Dain Said. Bukan bermakna aku tak paham jalan cerita dia, cuma dalam banyak persoalan tu, muncul makhluk lakonan Tengku Azura, berdialog mengenai kembali ke semangat tanah bagai.


Lepas tu, aku tengok lagi. Jawapannya makin terserlah... Rupanya saka pun ada main peranan dalam filem tu.


Hmmmm.. Perebutan harta, saka, dan kawan makan kawan laa. (mengikut apa yang aku paham laa.)



No comments:

Post a Comment